FOLLOWERS

Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHERS DAY!!

Kasih seorang ayah.

Ya, mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan khabar dan keadaan kita setiap hari..
Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..
Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yangg kita lakukan seharian?
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Sudah diberitahu ! Jangan minum ais !"
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sebenarnya sangat risau ??


Ketika kita remaja,
Kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh !"
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah mula dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...
Maka ayah lah yangg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau ke kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..


Saat kamu berjaya..
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya..


Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..
Ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa..
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..
Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang hanya sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


HAPPY FATHERS DAY PAPA!



thanks papa sbb da bersusah payah besarkan ktorng 4 beradik..n sorry kalau kdg2 tu owg degil n x ikot ckp papa..standart la tu..anak lelaki=) LUV U SO MUCH DAD!!

4 comments:

Anonymous said...

aww . so sweet (;
Happy Father's Day .

Afzarul Dzarif said...

thanks=)

Tasha said...

aik..... mcm kenal jer~

Afzarul Dzarif said...

hahaha..copy paste=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...