................................................................................................................................................................
-29 march 2013 (Jam 07.38 malam )
x ku sangka...rupanya itu whatsapp yang terakhir aku terima daripada papa...TIADA LAGI WHATSAPP MASUK KE HP KU DENGAN TERPAPAR NAMA "PAPA" BUAT SELAMA LAMANYANYA....
.......................................................................................................................................................
Selepas beberapa jam >>>>>>
-30.3.2013 ( jam 2.15 pagi)
Sedang khusyuk melayan game show korea di laptopku di rumah sewaku di shah alam,handphone berbunyi....terpapar nama kakakku...perasaan mula tak sedap hati... dalam hati berkata... "along ni kalau call pagi2 buta cmni msti ade emergency" tanpa berlengah...aku jawab panggilan tersebut...
along : uda..kat mana??
aku : kat uma la..asal???
along : papa masuk hospital tau..
aku : ha???sakit ape???
along : sakit jantung tiba2..ni aku ada kat hospital ni..apa2 hal aku gtau..
aku :okey...
*dalam hati berkata.. "owh..agaknye papa kne suspek jantung jek mcm dulu kot...biase2 jek...mungkin salah makan ke ape..." kata2 untuk sejukkan hati sendiri...
sehinggalah dapat mesej ni daripada along...hati aku yg sjuk tadi bertukar menjadi perasaan yang tak sedap hati...gundah gulana..x senang duduk...tapi masih berharap yang semuanya akan berjalan lancar..dan papa pulih seperti sedia kala...
sementara menunggu keputusan.. ..tidak berhenti aku berdoa...disusuli dengan bacaan yasin...
habis jek ayat yasin yang ke 83,sekali lagi hp ku berbunyi....bila dilihat...panggilan dari abangku..disuruhnya aku kemas2 untuk pulang ke johor bahru untuk menziarah papa yg sedang sakit...tanpa berlengah...aku sumbat baju2 di dalam beg...dan hati terdetik untuk turut memasukkan baju melayu di dalam beg...
selepas 40 minit,abang sampai ke rumah sewa aku...dengan perasaan yang tenang..aku masuk ke dalam kereta dan bergerak..selepas beberapa minit...skali lagi hp berdering...
sempat berkata kepada abang... "alamak takut betul la aku nk jwb kalau along call ni"
bila diangkat....
along: hello de..da kat mana??? (bercakap dengan nada sebak)
aku : kat dalam kereta..baru nak gerak ni ha...asl??
along: ckp abang..bwk keter slow...selawat banyak...
sekali lagi aku bertanya...
aku: asal long???
along: ko da tau kan???ko da tau kan???
aku: tau apa???
hati seolah dapat meneka...tapi aku berharap bukan perkataan tu yang along mahu sebut...
aku: napa long??
along: PAPA DA TAK DA... *sambil menangis
aku: ha????
serta merta...air mata aku jatuh bercucuran....terasa sakitnya hati ini...macam ditikam,di koyak bila keluar perkataan tu daripada mulut along....aku menangis teresak-esak..abang yang sedang drive hanya mampu mengusap-usap bahu ku sambil berkata.. "sabar de...da mmg ajal papa..kita x boleh nak buat apa...sekarang ni kau kena bagi aku semangat..sbb aku kne drive ni smpai jb..."
aku menjawab sambil menangis..."kita da x de ayah bang....aku da nak konvo...."
"aku dah nak konvo" ayat yg pertama terkeluar dari mulut ku...
aku yang baru menamatkan pengajian diploma sedang menunggu masa untuk konvokesyen...
seminggu sblom kejadian..aku sempat berbual ngn papa...
aku: papa nnti jgn x pegi e convo orang..
papa: berapa haribulan???
aku: myb bulan 7 kot..
disusuli dengan mcm2 pertanyaan...papa seakan teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen aku...
Dlm perjalanan pulang ke johor bahru...suasana di dalam kereta sunyi...aku mula terkenang kembali..kenangan2 bersama arwah papa...terbayang papa mengahadiri majlis konvokesyen ku..melihat aku mengambil sijil diatas pentas...papa yang duduk di bawah pentas mesti tersenyum sambil menepuk tangan bangga dengan pencapaianku..sambil bergenang air mata..malangnyer......semuanya tidak kesampaian...
dalam perjalanan yg mengambil masa 4 jam ke johor bahru...macam2 perkara yang berlegar di kepala...
"aku bermimpi ke??"
"bnyk lagi dosa aku pada papa"
"x sempat aku nak balas jasa baik dan budi papa selama ni"
"mcm mne kehidupan keluargaku selepas hilangnya seorang gabenor di dalam keluarga??"
"kuat ke aku dan keluargaku nk menempuh semua ni??"
cuba memberitahu hatiku..yang aku sekarang tidak lagi sama seperti yang dulu,.. tarafku sudah bertukar sebagai "ANAK YATIM"...
tiada bapa yang melindungi keluarga...
tiada bapa yang membantu susah dan senang...
tiada bapa untuk dikongsi cerita....
tiada lagi kasih sayang seorang insan yang digelar "PAPA"
aku tidak sama seperti orang2 lain...
dulu aku berayah...kini tidak lagi.....
dulu semua yang aku minta...mudah saja ditunaikan...tetapi kini tidak lagi....
semakin mahu tibanya ke rumah..hati semakin berat terasa....hanya mampu berselawat dan menarik dan menghembus nafas...
setibanya di depan rumah....aku dapat melihat..rumah ku dipenuhi dengan orang2 ramai...dengan pintu yang terbuka luas...pakcik2 yang memakai songkok dan kopiah....katil yang sudah terpasang di tengah2 rumah..perasaan aku semakin berat....air mata kembali jatuh...allah saja yang tahu perasaan aku pada ketika tu...dimulakan dengan bismillah..aku dan abang turun dari kereta....di sambut oleh along dan adik...kami berpelukan 4 beradik di depan rumah sambil menangis....bayangkan la perasaan 4 beradik yang ditinggalkan oleh bapa mereka....aku dan abang teruskan lagi masuk ke dalam...mama terduduk diatas kerusi sambil menangis melihat kami pulang...aku terus duduk dan meletakkan kepala di riba mama dan abang aku memeluk mama..hiba dan sedih sungguh bila melihat muka mama yang menangis ..orang2 yang melihat kami turut mengalirkan air mata....x sampai 10 minit kami sampai...disusuli pula dengan van jenazah...hati aku semakin berat...berat untuk melihat jenazah papa...tanpa berlengah aku membantu mengangkat jenazah papa dan meletakkannya diatas katil beralaskan kain putih yang telah siap disediakan..dan papa sudah selesai dikapan dan dimandikan di hospital..apabila membuka kain di muka papa..luluhnya hati ini melihat bapa sndiri yang telah dikapankan..
tanpa berlengah,kami 4 beradik mencium jenazah papa...dimulakan dengan along,abang,aku....pipi dan dahi papa terasa sangat sejuk...perasaan takut untuk mencium jenazah hilang apabila mencium jenazah bapa sndiri...diakhiri dengan ciuman adik aku...
selepas die mencium dahi papa...dia x dapat menahan sedihnya...menangis..menangis...dan terus menangis sambil menyebut "papa...papa...papa..."...sambil dipeluk oleh aku...sampai la satu ketika...kerana tidak kuat semangat,adik aku rebah dan pengsan...aku sempat menahan badannya dan membawanya masuk ke bilik...aku tau,,,die yang paling terasa kerana dia adalah anak bongsu dan juga yang paling rapat dengan arwah papa..apa yang diminta...boleh dikatakan semua dipenuhi oleh papa...tiap2 hari die ke kelas....papa yang menghantarnya..
_________________________________________________________________________________
.beberapa jam sebelum papa meninggal...adek aku sempat berbual dengan papa...
adik: pa,papa balik x malam ni??
papa: x balik..papa tidur dekat rumah sewa..esok pagi papa nak pergi jogging..kenapa???
adik: kawan orang ada belikan KFC..papa nak x??
papa :ha simpan la dalam peti ais...besok papa makan......
sebak hati aku bila buka peti ais,nampak KFC yang ditinggalkan untuk papa...
x sempat dijamah sikit pon oleh papa.. ='(
________________________________________________________________________________
sedih...sangat2 sedih perasaan ketika jenazah papa dirumah...susah untuk digambarkan..disaat aku memerlukan seseorang...datang kawan baikku...dipeluk erat sambil menangis...dia juga menangis kerana rapat dengan arwah..dialah yang menemani aku dari mula hingga ke akhir majlis..terima kasih sahabat...
sambil menunggu kedatangan adik beradik papa yang lain...jenazah papa dibacakan yasin oleh org2 yg dtg melawat...seorang demi seorang datang melawat jenazah buat kali yang teakhir..dari jauh...aku membaca yasin sambil memandang jenazah papa yang tenang seakan tersenyum..alhamdulillah...ramai kawan2nya yang datang melawat...
pada jam 10 pagi..jenazah papa dibawa ke masjid untuk disembahyangkan..alhamdulillah..sebelum jenazah dikebumikan...sempat juga adiknya dari negeri sembilan datang melawat abangnye buat kali yang terakhir...sebelum kain kafan papa ditutup,skali lagi aku x melepaskan peluang untuk mencium jenazah buat kali yang terakhir..disusuli oleh along...sambil mencium pipinya..aku berkata di dalam hati.. "terima kasih papa...trima kasih kerana telah menyelesaikan tanggungjawabmu sebagai ketua keluarga yang berjaya..maafkan dosa2 uda pa...maafkan org sbb x sempat balas budi papa menjaga kami dari kecil hingga besar..org bersyukur dpt ayah mcm papa..org x pernah menyesal.."
terdengar suara dari jauh.. "uda...along..." suara mama memanggil kami tanda suruh berhenti..aku melepaskan tubuh papa...kain kafan papa ditutup..itulah kali terakhir aku dapat mencium papa...
jenazah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran rumahku...supaya mudah untuk kami melawat papa..apabila smpai ke tanah perkuburan..aku bergegas pergi ke jenazah papa..jenazahnya hampir diturunkan ke liang lahad..tanpa berlengah..ku lipat seluarku..terus masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah papa dan memasukkan ke dalam liang lahad..apa yang aku pikirkan ketika itu hanyalah "kuatkan semangat!kuatkan semangat!kuatkan semangat!!" selepas meletakkannya..itulah kali terakhir aku memandang wajah papa dan aku sendiri membantu untuk mencangkul dan menanam jenazah papa.. sambil berkata dalam hati.. "pa...anak lelakimu ini telah menjalankan tugasnya sebagai anak pa..sudahku bantu untuk menyelesaikan jenazahmu...alhamdulillah" sedikit demi sedikit...tanah merah memenuhi kubur papa..
tepat jam 11.52 pagi..jenazah papa selamat dikebumikan...
alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehnya...
aku tefikir..perbualan beberapa jam sebelum papa meninggal..itulah kenangan yang ditinggalkan kepada kami..papa meninggalkan kami dengan kenangan yang berbeza-beza..
-papa membeli baju baru..tetapi die sempat menunjuk baju tersebut hanya kepada "aku"..kalau tidak ditunjuknya..mungkin kami tidak tahu baju itu untuk dipakai ketika majlis perkhawinan kakak sedaraku nanti... akan aku pakai baju itu untukmu pa..insyaallah...
-papa meninggalkan kenangan ayam KFC kepada adik..dan pada hari yang sama..rupanya papa sempat untuk menukar baju yang dibeli untuk adek beberapa hari yang lepas..malangnya tidak sempat untuk ditunjuk kepada adik..mungkin kerana dia tidur di rumah sewa kami dan pergi untuk selamanya..biasanya apabila dia membeli baju untuk adik..dia akan meletak baju baru tersebut yang terbentang diatas katil adik untuk membuat kejutan...malangnya tidak sempat untuk dilakukannya..
-petang sebelum papa pergi..papa sempat memberitahu mama yang dia telah membeli lauk pauk...
seakan dia tahu akan pemergiannya...papa telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya,..
*kata-kata seorang teman semasa kehilangan bapanya.. "org lain x kan rasa apa yang aku rasa selagi bukan mereka sendiri yg mengalaminya.."
betull...aku sangat setuju..selepas apa yang terjadi..baru aku rasa..betapa sedih dan sakitnya kehilangan ayah....
AKU REDHA...Aku redha degan segala ujianmu yaallah..aku percaya.. ada hikmah kau mengambil nyawa bapaku ..
papa..org janji...org akan jalankan tanggungjawab org sbg anak lelaki dalam keluarga...org dan abang akan jaga mama..atin..along sebagaimana papa menjaga mereka...
INSYAALLAH...
Tarikh 30.3.13 jam 3.52 pagi..x kan ku lupa tarikh dan masa ini...SELAMANYA.....
kepada yang masih ada bapa..sayangilah mereka sementara mereka masih ada...kasih sayang yg sangat2 tidak ternilai...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kasih seorang ayah.
Ya, mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan khabar dan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..
Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yangg kita lakukan seharian?
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Sudah diberitahu ! Jangan minum ais !"
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sebenarnya sangat risau ??
Ketika kita remaja,
Kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh !"
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah mula dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...
Maka ayah lah yangg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau ke kolej untuk belajar..
Maka ayah lah yangg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau ke kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Saat kamu berjaya..
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya..
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..
Ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa..
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya..
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..
Ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa..
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..
Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang hanya sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>